Apakah perbezaan Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa?

Kebanyakkan masyarakat di dunia ni berfikir Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa ialah alat muzik yang sama. Mereka sering mengira Gamelan Melayu ini sama dengan Gamelan Jawa kerana bagi mereka banyak persamaan diantara kedua-duanya, tetapi sebenarnya mereka mempunyai peranan dan fungsi mereka sendiri. Menurut Ahmad Farid Abd Jalal, Gamelan boleh didefinisikan sebagai perkataan yang berasal dari kedua-dua bahasa asli moden dan purba Indonesia yang mempunyai semua makna seperti bermain muzik, memukul seperti dram, orkestra dan gangsa. Perkataan ‘Gamel’ membawa maksud untuk tujuan memukul atau tukul tetapi masyarakat Jawa kemudiannya menggunakan perkataan tersebut bermaksud bermain alat muzik. Jadi apakah perbezaan diantara Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa?

  1. Asal Usul
  2. Fungsi
  3. Alat Muzik
  4. Tradisi Persembahan

1. Asal Usul

GAMELAN MELAYU

Gamelan melayu dikatakan berasal dari dari kerajaan Srivijaya pada abad ke – 7 dan ke – 13 yang kemudiannya berkembang ke Kesultanan Diraja Riau. Pada tahun abad ke – 19, gamelan telah di bawa ke Pahang dan Gamelan Melayu merupakan antara alat muzik yang tertua yang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Gamelan Melayu yang wujud di Malaysia hari ini dipercayai merupakan warisan kesenian daripada kesultanan Riau-Lingga, Pahang dan Terengganu. Walaupun alat muzik dan kesenian gamelan secara asasnya berasal dari Jawa, tetapi gamelan Melayu mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada, teknik memainkan alat muzik, struktur lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya daripada gamelan Jawa, Bali, Sunda mahupun genre gamelan lain di dunia.

GAMELAN JAWA

Gamelan Jawa pula dikatakan kesinambungan muzik yang berterusan yang ditemui pada zaman Majapahit. Bukti awal berkenaan alat muzik gamelan adalah berdasarkan kepada satu siri batu ukiran yang di Candi Borobodur di Jawa Tengah sekitar 800 tahun sebelum Masihi. Menurut kepercayaan dari orang Jawa, gamelan diciptakan oleh seorang dewa yang dahulu menguasai seluruh tanah Jawa “Sang Hyang Guru Era Saka”. Dulu Sang dewa menciptakan alat muzik gong, dan digunakan untuk memanggil dewa-dewa.

2. Fungsi

GAMELAN MELAYU

Malay gamelan ensemble Gangsapura

Peranan asal gamelan melayu ini adalah sebagai iringan kepada tarian yang dikenali sebagai Joget Pahang. Ia biasanya dilakukan untuk tetamu diraja pada majlis-majlis khas. Hanya golongan istana sahaja yang dapat menyaksikan persembahan gamelan sehinggalah mendapatkan kebenaran daripada Tengku Ampuan Mariam pada 1970 untuk di mainkan dikhalayak ramai. Pada zaman kini, gamelan sering digunakan untuk majlis-majlis rasmi seperti konvokesyen, perkahwinan dan penyampaian anugerah.

GAMELAN JAWA

Muzik gamelan berfungsi sebagai muzik iringan kepada persembahan Jawa yang popular seperti wayang kulit, barongan dan kuda kepang. Gamelan dimainkan sebagai muzik rakyat untuk keseronokan awam di ruang terbuka dan dilakukan semasa acara-acara seperti kelahiran, perkahwinan, perayaan menuai dan sebagainya.

3. Alat Muzik

GAMELAN MELAYU

  • Keromong
  • Gambang
  • Saron demung
  • Saron barong
  • Saron peking
  • Kenong
  • Gong besar dan Gong kecil
  • Gendang

GAMELAN JAWA

  • Bonang barong dan Bonang penerus
  • Gambang
  • Slenthem
  • Saron demung
  • Saron barong
  • Saron penerus
  • Kenong
  • Kendang
  • Rebab
  • Siter
  • Kempul
  • Ketuk
  • Gender
  • Celempung
  • Suling

4. Tradisi Persembahan

GAMELAN MELAYU

Persembahan Gamelan Melayu bermula dengan sekumpulan orang yang memperkenalkan penarinya sekali. Sebagai contoh lagu Ayak-Ayak mengiringi bersama tarian pembukaan dan kemudian lagu Lolo dan Lonang. Selepas pembukaan lengkap dengan penari, jalan cerita yang spesifik dan begitu juga dengan tona instrumen akan di mainkan jika perlu. Gamelan Melayu menggunakan “prop” sebagai tambahan yang biasa digunakan dalam persembahan. Lagu-lagu bagi Gamelan Melayu ialah Timang Burung, Antawada, Ayak-Ayak, Lantai Lima, Geliong, Nongga, Topeng dan Perang Manggung. Lagu-lagu ini sangat unik kerana setiap lagu tersebut mempunyai penceritaannya yang tersendiri dan mempunyai tempo yang perlahan agar sesuai dengan jiwa masyarakat melayu.

GAMELAN JAWA

Persembahan dimulakan dengan upacara sajian. Ketua gamelan akan mengetuai upacara sembah dengan membakar kemenyan, membaca jampi dan mengunyah sireh daripada dulang sajian. Di akhir upacara sembah ini, dulang akan diletakkan di belakang skrin pentas dan persembahan di jalankan dengan tarian serimpi, kupu-kupu atau lilin. Secara umumnya, tarian tersebut disediakan sebagai selingan kepada persembahan utama Ludruk atau Ketoprak. Selingan tersebut termasuklah nyanyian, silat, komedi dan juga alat instrumen muzik gamelan. Lagu-lagu yang di mainkan oleh gamelan Jawa ialah manyak serowa, sampak sembilan, sampak enam, selepakan, sri kraton, langsaran dan puspawarno. Lagu-lagu ini bertujuan untuk mengiringi ketoprak dan wayang jawa.

Begitulah beberapa perbezaan yang dapat dilihat diantara Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa. Kesimpulannya, walaupun banyak perbezaan diantara Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa tetapi kedua-duanya mempunyai keistimewaannya masing-masing. Harapan saya untuk gamelan Melayu di malaysia akan tetap dihargai dan dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Gangsapura Gamelan Group is a standalone Contemporary Malay Gamelan Group, first established in October 2016, based in the heart of Malaysia - Kuala Lumpur, with the aim of promoting Malaysian culture, developing traditional arts and instilling arts and music skills among community.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram