Pasti ramai yang tidak terfikir dan ramai tertanya-tanya "Gamelan boleh belajar di rumah je?", "Gamelan boleh belajar secara bersendirian?" Jawapannya ya, boleh. Semuanya boleh dilakukan jika usaha untuk mencari itu ada. Ramai yang teringin mempelajari gamelan tetapi disebabkan situasi seperti pandemik ini melanda, mereka menangguhkan rasa ingin belajar dan lambat laun melupakannya. Gamelan ini adalah satu ensemble alat muzik yang sebenarnya agak senang untuk dipelajari berbanding dengan alat muzik yang lain.

Sumber dari Producola.com

Untuk pengetahuan anda, kami pelajar universiti yang harus belajar secara online dan mengambil jurusan dalam alat muzik gamelan ini pada mulanya juga tidak tahu cara untuk terus menyambung pelajaran dalam bermain gamelan ini secara online. Kami seperti "Kita harus mengetuk kuali ke untuk membuat tugasan?", "Macam mana kita hendak belajar jika tiada alat?"

Kami hanya diberi slide dan harus mempelajari banyak sejarah gamelan pada permulaan kelas secara online kerana siapalah sangka kelas secara online ini akan berterusan sehingga ke akhir tahun diploma kami. Kami sangat sedih namun bulan demi bulan, kaedah pembelajaran kami terus meningkat.

Dari kaedah slide, guru kami telah memikirkan cara belajar dengan melukis notasi alat tersebut di atas kertas bagi mengawal kaedah gerakan tangan yang betul. Lama kelamaan guru kami pun telah menjumpai sebuah aplikasi gamelan di telefon. Kaedah ini amatlah menyenangkan kami kerana kami akhirnya dapat bermain lagu gamelan dengan bunyi gamelan yang sebenar.

Cerita ini diceritakan supaya pengguna yang ingin belajar gamelan dapat mengetahui bahawa gamelan boleh dipelajari di rumah. Jika anda betul-betul ingin belajar, belum terlambat untuk anda membaca blog ini dan ikuti cara kami.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mempelajari gamelan di rumah!

KLPAC Gamelan Class
Kelas gamelan di KLPAC

1. Membuat kajian di Google , Youtube , Instagram atau platform lain

Yang pertama semestinya seseorang itu dapat mempelajari gamelan dengan membuat kajian tentang gamelan di Google dan cara gamelan itu dimainkan di Youtube atau platform lain. Hanya perlu tekan sahaja apa yang hendak dicari dan pelbagai video atau info gamelan dapat dijumpai. Dari situ, pengguna dapat mengetahui semua ilmu asas gamelan, namun adakah cukup bagi seseorang itu mempelajari gamelan tanpa ada rasa ingin tahu terhadap apa rasanya untuk bermain alat muzik gamelan yang sebenar ? Sesetengah pengguna akan berasa puas hati dengan carian mereka di Youtube tetapi bagi pengguna yang ingin merasai dan bermain alat muzik itu sendiri, ini adalah langkah seterusnya.

Aplikasi gamelan di telefon

2. Menggunakan Aplikasi Gamelan di Telefon

Ramai yang tidak tahu sebenarnya gamelan juga mempunyai aplikasi yang boleh dimainkan dengan jari kita sahaja. Aplikasi ini sangat sesuai bagi pengguna yang ingin merasai bermain gamelan dengan lebih realistik. Selain itu, aplikasi ini juga bagus kerana pengguna dapat mendengar nada gamelan yang sebetulnya dan dapat mengenali notasi yang terdapat di gamelan. Dengan cara ini, pengguna dapat meningkatkan daya ingatan yang kuat kerana apabila pengguna ingin mencuba bermain lagu gamelan di aplikasi ini, pengguna dapat menghafal bunyi dan notasi lantas dapat bermain satu lagu penuh gamelan jika dilatih sentiasa. Terdapat banyak juga alat muzik gamelan yang memiliki aplikasi tersendiri. Sebagai contoh , alat muzik bonang iaitu alat utama dalam ensemble gamelan, saron, kenong dan gong. Aplikasi ini boleh didapatkan secara percuma di App Store atau Play Store!

Alternatif dalam pembelajaran gamelan Melayu

3. Melukis Bentuk dan Notasi Gamelan

Kaedah ini adalah kaedah bagi pengguna yang ingin belajar gamelan dengan lebih mendalam dimana pengguna dapat mengetahui dan mengawal teknik gerakan tangan yang betul. Cara ini adalah untuk tangan seseorang itu tidak bercanggah atau berlanggar ketika bermain lagu gamelan. Contoh seperti di atas ini adalah lukisan bentuk notasi bagi alat muzik bonang. Pengguna boleh membuat perkara yang sama kepada alat muzik lain seperti saron baron, saron pekin dan juga gambang. Dengan cara ini, pengguna dapat merasai posisi seperti bermain alat yang sebenar. Berlatih dengan cara sebegini adalah salah satu cara untuk menambahkan keyakinan untuk pengguna berlatih sebelum memainkan alat yang sebenar.

Ini adalah kaedah-kaedah bermain gamelan di rumah yang telah diajar oleh guru saya yang dapat saya kongsikan. Kalau diikutkan, cara-cara ini tidaklah sebaik dan seronok seperti mempelajari alat gamelan secara fizikal, namun ini sahajalah cara yang dapat diikhtiharkan pada waktu pandemik ini bagi pengguna yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang alat muzik gamelan.

Semoga cara ini dapat membantu anda semua, dan semoga kita kembali bermain gamelan!

Gangsapura Gamelan Group is a standalone Contemporary Malay Gamelan Group, first established in October 2016, based in the heart of Malaysia - Kuala Lumpur, with the aim of promoting Malaysian culture, developing traditional arts and instilling arts and music skills among community.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram