Berat badan naik semasa PKP? Ikuti senaman ringkas ini !

Ramai orang tidak dapat melakukan aktiviti harian termasuk bersenam di luar rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di umumkan kerajaan sehingga 31 Disember bagi mengawal penyebaran wabak covid-19 ini. Selama dua minggu tidak keluar rumah menyebabkan ramai kurang bergerak cergas namun itu bukan alasan untuk tidak bersenam. Ini kerana meskipun di dalam rumah kita masih boleh melakukan aktiviti senaman ringan bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh badan. Kajian turut mendapati imunisasi tubuh badan akan menurun sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan kurangnya senaman boleh menyebabkan virus berbahaya itu terdedah kepada diri.

Apakah jenis senaman yang sesuai untuk dilakukan dalam tempoh ini?

  1. Regangkan badan
(Sumber dari google)

Carilah aktiviti untuk dilakukan di rumah bagi mengelakkan duduk sahaja sepanjang hari di rumah tanpa berbuat apa-apa dengan melakukan senaman regangan badan setidak-tidaknya dua jam sekali.

  1. Lompat tali
(Sumber dari google)

Anda masih boleh menjalani latihan intensif dirumah meskipun tidak dapat ke pusat kecergasan dalam tempoh PKP ini dengan melakukan senaman lompat tali yang mampu meningkatkan stamina anda dan yang paling penting, ia juga menyeronokkan!

  1. Lari setempat
(Sumber dari google)

Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik dirumah dengan melakukan senaman jogging atau berlari setempat dan ternyata senaman ini bagus untuk kesihatan jantung.

  1. Tekan tubi
(Sumber dari google)

Senaman ini tidak perlu lama, cukup sekadar 10 ke 15 minit setiap sesi bagi menguatkan otot lengan serta dada anda.

  1. Aerobik & zumba
(Sumber dari google)

Senaman ini lebih seronok jika dilakukan bersama ahli keluarga dan senaman aerobik dan zumba ini boleh dilakukan dimana sahaja sama ada di luar mahupun di dalam rumah. Kalau nak lagi keseronokkan dalam senaman ini, buat carian video atau senaman aerobik di youtube bagi merancakkan lagi pergerakan.

Tapi yang paling penting sekali kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 dengan sentiasa mencuci tangan, menjaga jarak dan memakai topeng muka .

Gangsapura Gamelan Group is a standalone Contemporary Malay Gamelan Group, first established in October 2016, based in the heart of Malaysia - Kuala Lumpur, with the aim of promoting Malaysian culture, developing traditional arts and instilling arts and music skills among community.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram