
Pasti ramai yang tidak terfikir dan ramai tertanya-tanya "Gamelan boleh belajar di rumah je?", "Gamelan boleh belajar secara bersendirian?" Jawapannya ya, boleh. Semuanya boleh dilakukan jika usaha untuk mencari itu ada. Ramai yang teringin mempelajari gamelan tetapi disebabkan situasi seperti pandemik ini melanda, mereka menangguhkan rasa ingin belajar dan lambat laun melupakannya. Gamelan ini adalah satu ensemble alat muzik yang sebenarnya agak senang untuk dipelajari berbanding dengan alat muzik yang lain.

Untuk pengetahuan anda, kami pelajar universiti yang harus belajar secara online dan mengambil jurusan dalam alat muzik gamelan ini pada mulanya juga tidak tahu cara untuk terus menyambung pelajaran dalam bermain gamelan ini secara online. Kami seperti "Kita harus mengetuk kuali ke untuk membuat tugasan?", "Macam mana kita hendak belajar jika tiada alat?". Kami hanya diberi slide dan harus mempelajari banyak sejarah gamelan pada permulaan kelas secara online kerana siapalah sangka kelas secara online ini akan berterusan sehingga ke akhir tahun diploma kami. Kami sangat sedih namun bulan demi bulan, kaedah pembelajaran kami terus meningkat. Dari kaedah slide, guru kami telah memikirkan cara belajar dengan melukis notasi alat tersebut di atas kertas bagi mengawal kaedah gerakan tangan yang betul. Lama kelamaan guru kami pun telah menjumpai sebuah aplikasi gamelan di telefon. Kaedah ini amatlah menyenangkan kami kerana kami akhirnya dapat bermain lagu gamelan dengan bunyi gamelan yang sebenar. Cerita ini diceritakan supaya pengguna yang ingin belajar gamelan dapat mengetahui bahawa gamelan bisa dipelajari di rumah. Jika anda betul-betul ingin belajar, belum terlambat untuk anda membaca blog ini dan ikuti cara kami.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mempelajari gamelan di rumah!
1. Membuat kajian di Google , Youtube , Instagram atau platform lain
Yang pertama semestinya seseorang itu dapat mempelajari gamelan dengan membuat kajian tentang gamelan di Google dan cara gamelan itu dimainkan di Youtube atau platform lain. Hanya perlu tekan sahaja apa yang hendak dicari dan pelbagai video atau info gamelan dapat dijumpai. Dari situ, pengguna dapat mengetahui semua ilmu asas gamelan, namun adakah cukup bagi seseorang itu mempelajari gamelan tanpa ada rasa ingin tahu terhadap apa rasanya untuk bermain alat muzik gamelan yang sebenar? Sesetengah pengguna akan berasa puas hati dengan carian mereka di Youtube tetapi bagi pengguna yang ingin merasai dan bermain alat muzik itu sendiri, ini adalah langkah seterusnya.
2. Menggunakan Aplikasi Gamelan di Telefon
3. Melukis Bentuk dan Notasi Gamelan

Kaedah ini adalah kaedah bagi pengguna yang ingin belajar gamelan dengan lebih mendalam dimana pengguna dapat mengetahui dan mengawal teknik gerakan tangan yang betul. Cara ini adalah untuk tangan seseorang itu tidak bercanggah atau berlanggar ketika bermain lagu gamelan. Contoh seperti di atas ini adalah lukisan bentuk notasi bagi alat muzik bonang. Pengguna boleh membuat perkara yang sama kepada alat muzik lain seperti saron baron, saron pekin dan juga gambang. Dengan cara ini, pengguna dapat merasai posisi seperti bermain alat yang sebenar. Berlatih dengan cara sebegini adalah salah satu cara untuk menambahkan keyakinan untuk pengguna berlatih sebelum memainkan alat yang sebenar.
Ini adalah kaedah-kaedah bermain gamelan di rumah yang telah diajar oleh guru saya yang dapat saya kongsikan. Kalau diikutkan, cara-cara ini tidaklah sebaik dan seronok seperti mempelajari alat gamelan secara fizikal, namun ini sahajalah cara yang dapat diikhtiharkan pada waktu pandemik ini bagi pengguna yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang alat muzik gamelan.
Semoga cara ini dapat membantu anda semua, dan semoga kita kembali bermain gamelan!