Implikasi belajar dalam talian

Pada zaman modenisasi juga menelusuri di zaman pandemik ini, belajar atas talian ini sedikit sebanyak telah menjadi kebiasaan bagi semua pelajar-pelajar sekolah mahupun universiti. Dengan teknologi yang ada sekarang telah memudahkan mereka untuk melakukan apa-apa sewaktu pembelajaran berlangsung.Terdapat sesetengah pelajar yang protes dan berhenti belajar kerana pembelajaran secara digital, tambahan pula di rumah sesetengah pelajar ini yang tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk melakukan pembelajaran secara digital. Jadi belajar atas talian ini ada kebaikan dan juga kekurangannya.

Antara kebaikannya:

  1. Menjimatkan wang
(Sumber dari google)

Kebanyakan pelajar pergi ke sekolah atau ke universiti menaiki pengangkutan awam atau kenderaan sendiri. Disitu kita boleh lihat mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk mengisi minyak kenderaan atau membayar tambang. Jadi apabila pembelajaran secara online ini, mereka boleh menyimpan wang tersebut. Di rumah mereka hanya mengeluarkan gajet sahaja. Selain itu, mereka boleh menjimatkan wang dari segi perbelanjaan sendiri. Hal ini kerana, mereka hanya perlu mengeluarkan kos untuk membeli keperluan harian dan secara tidak langsung dapat mengelakkan diri dari berlakunya perbelanjaan yang berlebihan.

  1. Persiapan menghadapi kelas online
(Sumber dari google)

Tidak semua pelajar dapat menghadiri kelas harian tanpa sebarang persiapan. Bagi pelajar yang duduk jauh dari pusat pendidikan, mereka perlu membuat persiapan yang awal supaya mereka tidak terkejar-kejar dan lewat untuk ke kelas. Namun, sebaliknya berlaku sekiranya kelas online diadakan. Mereka hanya perlu mencari tempat yang selasa serta mencari kawasan yang mempunyai jaringan internet yang lebih tinggi. Mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk menghadiri kelas mereka sebaliknya persiapan untuk hadir ke kelas online hanya berada di hujung jari.

Namun dari segi kekurangannya:

  1. Data internet yang terhad
(Sumber dari google)

Penggunaan aplikasi kelas online contohnya seperti Google Classroom dan Zoom Meeting amat bergantung khusus pada jaringan internet yang lancar dan laju. Dengan memiliki capaian internet yang lancar dan laju, kelas online dapat dijalankan dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan dan masalah. Namun, tidak semuanya indah seperti yang dirancang. Tidak semua kawasan mempunyai jaringan internet yang bagus khususnya kawasan luar bandar. Hal ini menyebabkan pelajar luar bandar menghadapi kesusahan dapat menikmati kelas online yang baik. Dengan data internet terhad serta capaian yang tidak memuaskan, proses pembelajaran tidak berjalan dengan lancar.

  1. Hilang fokus

Pembelajaran secara online pada masa kini hanya memisahkan antara pelajar dan guru melalui skrin gajet. Berdasarkan psikologi, setiap manusia memerlukan interaksi sesama mereka kerana ia dapat memberi kesan dari segi kesihatan mental seseorang. Namun hal ini tidak berlaku dalam pembelajaran secara online. Ini menyebabkan pelajar menjadi kurang fokus dan minat terhadap sesebuah subjek tersebut. Ini juga menyebabkan fokus mereka mudah terganggu dengan persekitaran mereka contoh suasana bising di dapur.

Kesimpulannya, proses pembelajaran secara online terpaksa dijalankan sehingga wabak COVID-19 ini berakhir. Justeru itu, kajian yang lebih mendalam dan teliti haruslah dilakukan untuk mencari teknik penyampaian yang lebih efektif dan menarik perhatian pelajar untuk belajar.

Gangsapura Gamelan Group is a standalone Contemporary Malay Gamelan Group, first established in October 2016, based in the heart of Malaysia - Kuala Lumpur, with the aim of promoting Malaysian culture, developing traditional arts and instilling arts and music skills among community.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram