Perbezaan di antara gamelan dan caklempong

Seperti yang kita tahu terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan. Antaranya adalah gamelan dan juga caklempong. Gamelan dan caklempong sangat terkenal dan sering digunakan pada majlis-majlis tertentu. Pada umumnya gemalan dan caklempong terlihat sama sahaja tetapi terdapat beberapa cara untuk membezakan kedua-dua jenis alat ini.

Asal Usul

GAMELAN

Gamelan berasal dari tradisi orang Jawa dan kemudiannya tersebar ke seluruh Nusantara yang banyak ditemui di Madura, Bali, dan Lombok dan semenanjung Tanah Melayu. Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa iaitu “gamel” yang membawa maksud memukul atau menabuh, diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata "benda." Terdapat beberapa jenis gamelan, sepeti gamelan Jawa, gamelan Bali, gamelan Sunda, gamelan Banyuwangi, dan gamelan Kromong.

CAKLEMPONG

Caklempong dikhabarkan datang daripada kayangan, berdasarkan cerita "Hikayat Malim Deman" tetapi ada juga yang memberi pendapat bahawa caklempong berasal daripada Minangkabau. Caklempong mula berkembang dalam kalangan masyarakat Melayu yang berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan dan juga yang berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia. Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Celempong atau Telempong di sesetengah tempat.

Antara Lagu-lagunya

GAMELAN

  • Timang Burung.
  • Seri Rama Balik.
  • Antawada.
  • Topeng.
  • Geliong.
  • Turung Gambang.
  • Togok.
  • Perang Selinan.
  • Lantai Lima.
  • Perang Manggung.

CAKLEMPONG

  • Cak Din Din.
  • Kubu Rajo.
  • Rasa Sayang.
  • Cantik Manis.
  • Bujang Lapok.
  • Mudiak Arau.

Alat-Alat Muzik

GAMELAN

  • Keromong/bonang.
  • Gambang.
  • Saron Demung.
  • Saron Baron.
  • Saron Pekin.
  • Slenthem.
  • Kenong.
  • Gong Besar dan Gong Kecil.
  • Gendang.
https://www.notion.so/gangsapura/Blog-1-3510ac8f40af4ef79227de1b27d33a00#7b844fcc9c114df2a8f2155ac0c44383
https://www.notion.so/gangsapura/Blog-1-3510ac8f40af4ef79227de1b27d33a00#553350fbaacf4a62a42d80eeda4bca84

CAKLEMPONG

  • Gereteh.
  • Tingkah.
  • Saua/sawo.
  • Gendang Ibu dan Gendang Anak.
https://www.notion.so/gangsapura/Blog-1-3510ac8f40af4ef79227de1b27d33a00#29be3eb08d514eccafb338c6e6339d3f
https://www.notion.so/gangsapura/Blog-1-3510ac8f40af4ef79227de1b27d33a00#d9fd87bf386a46db8285992f5ada82eb

Cara Permainan

GAMELAN

Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahan ini hanya akan lengkap dan sempurna sekiranya dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri. Selain itu, di dalam muzik gamelan juga terdapat 4 jenis asas permainan iaitu serentak, bergilir, bertingkah dan bunga. Asas ini digunakan pada alat muzik keromong.

CAKLEMPONG

Caklempong terbahagi kepada 3 bahagian permainan mengikut fungsi tersendiri iaitu:

  • Gereteh: Berperanan sebagai pembawa melodi utama dalam kumpulan caklempong. Kadangkala gereteh juga akan memainkan kods, meningkah atau harmonis sekiranya mempunyai 2 gereteh.
  • Tingkah: Berperanan sebagai pengawalan rentak dan menghasilkan irama atau pola ritma mengikut pukulan gendang.
  • Saua/sawo: Berperanan seperti Tingkah tetapi bunyi yang dihasilkan oleh saua lebih rendah (ostinato) dan bentuknya pula lebih lebar.

Begitulah beberapa perbezaan yang dapat dilihat antara alat tradisional gamelan dan caklempong. Terdapat banyak lagi cara dan kaedah untuk membezakan kedua-dua alat ini. Kesimpulannya, kedua-dua alat ini mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Jadi marilah kita bersama-sama membantu mengekalkan tradisi alat-alat ini supaya tidak pupus ditelan zaman.

Gangsapura Gamelan Group is a standalone Contemporary Malay Gamelan Group, first established in October 2016, based in the heart of Malaysia - Kuala Lumpur, with the aim of promoting Malaysian culture, developing traditional arts and instilling arts and music skills among community.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram