STRESS!!!! Kenapa tak cari jalan penyelesaian?

Stress berasal dari perkataan latin iaitu stringere (stictus) yang bermaksud menarik atau mengikat dengan tegang. Stress juga boleh diterangkan sebagai reaksi atau gerak balas fisiologi seseorang individu terhadap tekanan. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Gejala stress ini mungkin tampak biasa pada sesetengah individu, walhal sedemikian, stress adalah sebuah penyakit yang boleh mendatangkan kemerosotan dalam diri dan pemikiran seseorang,sekaligus boleh mengheret kepada kesan yang lebih teruk seperti, anxiety, depression yang boleh mengakibatkan kesan yang lebih menghancurkan lubuk hati dan pemikiran dalam diri seseorang.Terdapat banyak cara untuk menangani stress ini yang mungkin pesakit yang mengalami gejala ini tidak mengetahui cara untuk mereka menangani stress ini,kerana kurangnya pendedahan terhadap penyakit mereka dan lebih menyedihkan ada sesetengah pihak yang tidak mengendahkan dan hanya memandang remeh dengan gejala stress ini.

Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang.

Berikut ialah empat cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

  1. BERSENAM
(Sumber dari google)

Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.

  1. MENDEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN
(Sumber dari google)

Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, kita dapat menerima hakikat bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika kita menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk menghilangkan keresahan hati dan kita juga boleh memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  1. BERKONGSI MASALAH
(Sumber dari google)

Ada juga sesetengah pihak yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika kita mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang terpendam. Teman baik merupakan orang yang sepatutnya dijadikan sandaran namun kita juga perlu berhati-hati dan bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang mendengar tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.

  1. BEREHAT
(Sumber dari google)

Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan tidak memperolehi rehat yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan kesihatan seseorang. oleh yang sedemikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah. Tambahan lagi, beriadah dan mendengar music secaraber sendiri juga boleh merehatkan minda daripada masalah stress.

PENUTUP BICARA

Kesimpulannya, stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu tersebut baik daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka.

Gangsapura Gamelan Group is a standalone Contemporary Malay Gamelan Group, first established in October 2016, based in the heart of Malaysia - Kuala Lumpur, with the aim of promoting Malaysian culture, developing traditional arts and instilling arts and music skills among community.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram