Gangsapura Classes
By Qamarina Aqilah

By Qamarina Aqilah
By Qamarina Aqilah
By Ahmad Syamiem Mohd Sukarno
Gamelan ni rupa dia macam mana ya? Apa beza gamelan dengan caklempong? Jom kita kenali gamelan melayu kita!
KEROMONG
Nama alat ini adalah keromong. Keromong adalah 'ketua' dalam ensemble gamelan. Ia mempunyai 5 buah gong kecil disusun dalam satu baris dan mempunyai dua baris keseluruhannya. Buah-buah gong kecil tersebut disusun mengikut nada-nada tertentu di atas tali yang diikat pada rangka keromong tersebut. Alat ini dimainkan menggunakan dua tangan yang memegang pengetuk. Pemain keromong selalunya akan bermain sambil bersila atau duduk di atas bangku. Alat ini biasanya memainkan bunga melodi lagu.
GAMBANG
Nama alat ini adalah gambang. Gambang selalunya diletakkan di sebelah keromong. Ini disebabkan gambang juga memainkan peranan yang sama seperti keromong yang memainkan bunga melodi lagu. Bilah-bilah gambang ini diperbuat daripada kayu. Bilahnya berbentuk segi empat panjang yang disusun nada rendah ke tinggi dari kiri ke kanan. Ia mempunyai 20-22 bilah mengikut gambang tersebut. Pemain gambang ni akan bermain dengan menggunakan dua tangan yang memegang pengetuk, sama seperi keromong. Pemain gambang juga akan bermain sambil bersila.
SARON BESAR DAN SARON KECIL
Nama untuk alat ini adalah saron demong dan saron baron. Mengikut kata pemain istana atau orang dalam istana, ianya dipanggil saron besar dan saron kecil. Saron-saron ini mempunyai 6 bilah yang disusun satu baris. Kedua-dua alat ini merupakan alat yang sama sifatnya tetapi mempunyai saiz yang berbeza. Saron besar mempunyai nada yang rendah manakala saron kecil mempunyai nada yang tinggi. Ianya dimainkan menggunakan satu tangan yang memegang pengetuk. Alat-alat ini berperanan memainkan asas melodi lagu atau akar melodi sahaja. Pemain akan duduk bersila ketika memainkan alat ini.
GENDANG
Nama alat ini adalah gendang. Gendang mempunyai dua muka. Kedua-dua kulit muka tersebut diperbuat daripada kulit lembu. Bentuk gendang selalunya berbentuk bujur dan memanjang. Pemain gendang menggunakan dua tangan untuk memainkannya. Di muka yang besar, mempunyai nada yang rendah. Manakala di muka yang kecil, mempunyai nada yang tinggi. Gendang biasa dimainkan secara bersila dan gendang tersebut diletakkan di atas kaki gendang.
KENONG
Bentuk kenong adalah dari gong-gong yang besar disusun mengikut nada tertentu. Kenong mempunyai 5 buah gong. Ia disusun mengikut nombor turutan dari rendah hingga menaik bermula dari kiri hingga ke kanan. Bentuk susunannya selalu disusun dalam bentuk U. Ia berperanan sebagai penanda setiap frasa atau rangkai lagu. Pemain kenong biasanya akan duduk di atas bangku kerana rangka kenong ini agak besar dan agak tinggi. Ia dimainkan menggunakan satu tangan yang memegang pengetuk.
GONG
Terdapat dua buah gong dalam gamelan. Gong yang kecil dinamakan sebagai gong kecil dan yang besar dinamakan sebagai gong besar. Bentuk gong adalah bulat dan mempunyai tombol di tengah-tengahnya dan digantung pada palang. Ia berperanan sebagai penanda tamat sesebuah lagu. Pemain memainkan gong menggunakan satu tangan sahaja dan pemain akan memukul di tengah-tengah tombol gong tersebut untuk membunyikan alat itu.
Jadi, begitulah satu cara untuk kita mengenali gamelan melayu kita dengan lebih terperinci. Banyak lagi cara kita boleh kenal gamelan kita melalui teknik-teknik permainan, nada yang digunakan dalam sesuatu gamelan itu dan lain-lain lagi. Gambar di atas menunjukkan set gamelan melayu yang asal dan tertua, berusia 200 tahun dan rupanya mempunyai ukiran yang bersifat kesederhanaan. Mari sama-sama kita pelihara budaya kita agar tidak hilang dek ditelan zaman!
By Ahmad Syamiem Mohd Sukarno
2hb Julai 2020 adalah satu detik kebanggaan untuk industri muzik tradisional khususnya gamelan Melayu. Gangsapura telah dinobatkan sebagai pemenang Kakiseni 17th BOH Cameronian Arts Awards dalam kategori Best Of 2019 yang berlangsung di TemuTamu, Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tunku Bainun yang dipancarkan khas di Facebook Live. Siapa sangka? Saingan untuk kategori tersebut pun sengit-sengit dan hebat-hebat belaka. Tercalon dalam kategori Best Of 2019 pun dah cukup membanggakan!
Apa tu BOH Cameronian Arts Awards? Untuk pengetahuan semua, BCAA ni dianjurkan di bawah Kakiseni, iaitu badan swasta yang mengangkat industri seni seperti tarian, muzik, teater dan lain-lain yang berkaitan dengan seni persembahan. Sejak tahun 2002, Kakiseni menganjurkan BOH Cameronian Arts Awards sebagai tanda penghargaan kepada penggiat-penggiat seni yang mempersembahkan karya yang luar biasa pada tahun sebelumnya.
Antara kategori yang dipertandingkan dalam anugerah ini adalah:
TARI
1) Best Lead/Featured Performer,
2) Best Group Performance,
3) Best Lighting Design,
4) Best Set Design,
5) Best Music & Sound Design,
6) Best Costume, Styling & Make-up,
7) Best Multimedia Design.
MUZIK
1) Best Solo Performance-Instrumental,
2) Best Group Performance-Instrumental,
3) Best Solo Performance-Vocal,
4) Best Group Performance-Vocal,
5) Best Musical Direction,
6) Best Original Composition,
7) Best Production Values.
Teater Muzikal
1) Best Choreographer,
2) Best Original Score,
3) Best Performance by an Ensemble,
4) Best Original Book,
5) Best Musical Direction,
6) Best Direction,
7) Best Performer in a Leading Role,
8) Best Performer in a Supporting Role,
9) Best Set Design,
10) Best Costume Design, Styling & Make-up,
11) Best Sound Design,
12) Best Lighting Design.
TEATER
1) Best Actor in a Leading Role,
2) Best Actor in a Supporting Role,
3) Best Group Performance,
4) Best Direction,
5) Best Original Script,
6) Best Lighting Design,
7) Best Set Design,
8) Best Music & Sound Design,
9) Best Costume Design, Styling & Make-up.
Dan untuk yang terakhir adalah Best Of 2019!
Sekali lagi, Gangsapura ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan dan kepercayaan kepada semangat tradisi kami. Tidak sabar rasanya untuk bersama-sama menghasilkan karya di masa akan datang bersama-sama dengan penggiat seni yang lain!
By Qamarina Aqilah
By Ahmad Syamiem Mohd Sukarno
Apa itu gamelan? Gamelan itu sendiri adalah satu alat muzik tradisi yang berasal dari tradisi Jawa dan kemudiannya berkembang nusantara seperti di Bali dan Tanah Melayu. Dari segi instrumentasinya, ia berkembang sehingga bentuknya menjadi sampai seperti sekarang yang kita kenali ini pada zaman kerajaan Majapahit lagi.
(Gambar hiasan) Gamelan Melayu pertama tertua (berusia 208 tahun) yang tiba di Tanah Melayu.
Untuk pengetahuan umum, kenapa gamelan kita dipanggil Gamelan Melayu kerana gamelan ini mula berkembang di istana Riau-Lingga dan seterusnya meneruskan tradisi Joget Gamelan (tarian istana diiringi gamelan Melayu) di Pahang dan Terengganu. Gamelan di Indonesia pula mempunyai beberapa jenis gamelan yang berbeza mengikut etnik atau suku, contohnya gamelan Jawa, Gamelan Bali, dan gamelan Sunda. Lebih menarik, gamelan sering dikaitkan dengan unsur-unsur mistik atau berpenunggu!
Cerita ini bermula ketika saya masih fasa awal pembelajaran dalam gamelan Melayu. Saya masih ingat ada dalam 10 orang termasuk saya untuk belajar gamelan. Ketika itu, guru gamelan saya banyak memberi pengetahuan tentang gamelan antaranya pantang larang bermain gamelan. Antara pantang larangnya adalah jangan sesekali melangkah gamelan! Itu yang selalu ditekankan oleh guru saya setiap kali kami menjalankan latihan. Akibat jika melangkah, alat sulit kita akan membengkak, katanya. Saya juga pernah diberitahu oleh guru saya terdapat penunggu di setiap alat gamelan. PENUNGGU?! Menurut cerita lama, penunggu tersebut berdamping dengan alat gamelan untuk menjaga kualiti bunyi alat dan juga menjaga alat itu sendiri supaya berada dalam kondisi yang baik. Saya hairan, macam mana penunggu tu jaga? Penunggu tu duduk dekat mana?
(Gambar hiasan) Alat Gamelan Melayu replika yang menyerupai Gamelan Melayu pertama yang tiba di Tanah Melayu pada awal abad ke-19 lalu (Gambar ihsan dari SeniKome Peng Heng)
Semasa kami sibuk menjalankan latihan, guru kami sering mengingatkan kami supaya menjaga adab ketika bermain. Adab apa? Contoh, bila mengetuk gamelan, kita kena ketuk dengan lemah lembut. Bunyi yang keluar pun mendayu-dayu. Orang lain dengar kita main pun sedap. Bila kalau dah tak main, kena usap gamelan tersebut dan cuba bercakap dengan alat kita main tu. Cakap yang elok-elok. Barulah kita belajar tu, ilmu senang masuk dan susah keluar kata guru saya. Aduh pening. Kena bercakap juga ke dengan gamelan? Silap-silap gamelan tu sapa kita balik. Mahu tak berlari langkah seribu. Selain itu, guru kami sering mengingatkan kami kalau nak mulakan lagu, kena dibuka dengan lagu Perang dahulu dan lepas tu barulah boleh dimainkan lagu-lagu yang lain. Tak cukup dengan itu, habis pun kena ditutup dengan lagu Perang. Kenapa ya? Tak ke pelik tu...
(Gambar hiasan) Generasi terakhir penari Joget Gamelan menari beriringan muzik di Istana Kolam,Terengganu pada tahun 1966.
Siapa pernah dengar lagu Mulih/Muleh? Guru saya pernah cakap lagu Muleh ni bukan lagu sembarangan untuk dimainkan. Kalau nak main pun ada tujuannya. Guru saya cakap, tujuannya adalah menyembuhkan. Sembuhkan apa? Sakit ke? Bukan sakit. Lagu Muleh ni hanya boleh dimainkan kalau ada sesiapa saja yang tiba-tiba nampak 'lain'. Lain macam mana tu? Contohnya, bila seseorang tu dah naik syeikh dan tak sedarkan diri ketika bermain, barulah kita boleh memainkan lagu tu untuk pulihkan seperti sediakala. Secara konklusinya, hanya kita sendiri yang membuat keputusan sama ada gamelan itu berhantu atau tidak mengikut pengalaman masing-masing kerana mungkin pantang larang tersebut hanya untuk mendidik kita supaya kita lebih menghargai alat tradisi budaya kita sendiri. Atau memang dari dulu gamelan ni berpenghuni?
By Ahmad Syamiem Mohd Sukarno
(Gambar hiasan) Kumpulan Gamelan dari Perbadanan Muzium Sultan Abu Bakar bermain gamelan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019 lalu.
By Qamarina Aqilah
Bored with your current playlist? Need some suggestions of music? Here is a list of songs that I personally find awesome this week!